Friday, June 6, 2008

Bahasa Arab Edisi ke 2 (Jumlah Mufidah)

Salam perjuangan...peace

Bahasa Arab mempunyai 2 jenis ayat lengkap جُمْلَةُ الْمُفِيْدَةِ iaitu:

جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ dan جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

Merupakan ayat yang bermula dengan إِسْمٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan مُبْتَدَأٌ (subjek) dan خَبَرٌ (predikat)


Rumah itu besar اَلْمَنْزِلُ كَبِيْرٌ

Sekolah itu luas اَلْمَدْرَسَةُ وَاسِعَةٌ



جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


Merupakan ayat yang bermula dengan فِعْلٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan فِعْلٌ (perbuatan) + فَاعِلٌ (orang yang

melakukan perbuatan) + مَفْعُولٌ بِهِ (apa yang terkena perbuatan itu)


Budak itu makan pisang أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

Aku mendengar radio سَمِعْتُ الرَادِيوا



Perhatian!!!

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ tidak mengambil kira wazan, manakala

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ haruslah diambil kira wazannya.


Contohnya:

جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ

أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

أَكَلَ الطِفْلاَنِ الْمَوْزَ

أَكَلَ الأَطْفَالُ الْمَوْزَ



جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

اَلطِفْلُ أَكَلَ الْمَوْزَ

اَلطِفْلاَنِ أَكَلاَ الْمَوْزَ

الأَطْفَالُ أَكَلُوْا الْمَوْزَ





Ok, ana nak uji kefahaman antum.

Bagaimana kalau kita mahu menulis rumah itu besar?

اَلْبَيْتُ كَبِيرٌ atau اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةٌ؟؟؟


Haa...jawab jangan tak jawab...
star





9 التعليقات:

As said...

Bad, as nak tamak sket. Tolong besarkan lagi font, as takleh nak baca langsung..huu..

ana mutaasifah

Badr said...

salam perjuangan...

=> nmz

ya, komen pertama drpd kipas-susah-mati shoutulhaq, :)

ok2 dah betulkan...

cuba try tengok sekali lagi...

p/s: tanak jawab soalan ke? ;)

mohammad said...

salam.. saya telah link blog ni..

Badr said...

salam perjuangan...

=> ijad

terima kasih

dalili said...

eh, jumlah fi'liah x kira wazan ek?? ahaha.. lupa~~ nak tanya sket, kalo fa'il tu, hukum dia marfu' ke mansub? hehe.. camne nak tau marfu' atau mansub??

bleh tanya ke ni? ke kene tunggu masuk syllabus? hehe.. meh nak jwb soklan.. sy pilih

اَلْبَيْتُ كَبِيْرَة

hehe.. betul ke ni? suka2 ati jerk...

Badr said...

> dalili:

banyak nye soalan die, hehe...

eh, jumlah fi'liah x kira wazan ek??

tak, wazan2 cara kita nak ubah suai ayat itu apabila fa'il nya itu berubah...

contoh senang BI (baca: bhs inggeris not bhs indonesia) he, she, it guna is, kalau i guna am...

macam tu la juga bahasa arab...


kalo fa'il tu, hukum dia marfu' ke mansub?


fa'il i'rabnya (bkn hukumnya?!!!) marfu' atau berbaris depan


camne nak tau marfu' atau mansub??


ada senarai dalam ilmu nahu apa2 yang mansub dan marfu'.

yang marfu' ni selalunya mubtada', khabar, fa'il, dll (baca: dan lain - lain not dalili)


yang mansub pula selalunya maf'ulun bih, zharaf zaman, zaraf makan dll (baca: rujuk di atas)

bleh tanya ke ni? ke kene tunggu masuk syllabus?

dah jwb dah, tp nt ana terangkan lg...

اَلْبَيْتُ كَبِيْرَة

erm, sebelum2 ana nak tnye... npe اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةadakah sebab ada ت di situ?

jawapannya sebenarnya adalah

اَلْبَيْتُ كَبِيْرٌ

sebab بيت dikira sebagai muzakkar

nice try then... ;)

dalili said...

owh, yeke... salah la tu. hehe... lupa da la, da 5 tahun gak tinggal arabic... baru nak refresh balik.. bagus la ada post cmni, at least bleh refresh balik.. da dpt igt sket2 la...

akhirnya tau gak sikit2.. hehe.. da lama nak tau. maksudnya maf'ulun bih tu boleh mansub, tp kalau ada haraf jar dll (kalo dalili pn bleh gak, glemer sket) bleh gak jadi majrur kan?

hehe... syukran atas ilmunya~~ kalau salah tafsir gtau tuh~~

dalili said...

eh, lupa nak tanya, cmne بيت bleh jd muzakkar plak? (teruknya ingatan ku. sesia blaja skola arab dulu. hehe...) cmne nak cam muzakkar n muannas?

Badr said...

> dalili:

ana pun sekadar berkongsi sedikit ilmu

maksudnya maf'ulun bih tu boleh mansub, tp kalau ada haraf jar dll (kalo dalili pn bleh gak, glemer sket) bleh gak jadi majrur kan?

ana kurang memahami ayat di atas, adakah maksud soalan akak2

a) maf'ulun blh boleh berubah drpd mansub kpd majrur jika jumpa harfu jar

jawapannya: tak boleh. maf'ulun bih mansub saja.

b) selepas harfu jar adalah majrur?

ya, isim lepas harfu jar adalah majrur (berbaris bawah)

cmne بيت bleh jd muzakkar plak?

sebab tiada ta' marbuthah di hujungnya (ة)

ada ana terangkan dalam post lepas...

ni mesti tak baca previous article ni...

ala, masih belum terlambat utk refresh, tak yah nyesal k?

motivasi anak murid sikit, ;)

Post a Comment

Assalamualaikum, salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sebarang komen dan kritikan ilmiah amat dialu-alukan.