Wednesday, May 21, 2008

Bahasa Arab - Edisi Pengenalan

Salam perjuangan...senyumsenyumsenyum

Siri pengajian Bahasa Arab ini merupakan perkongsian ana dengan antum berdasarkan nota - nota yang sempat ana pelajari daripada ayah ana, Allahyarham Tuan Guru Ustaz Sha'ari bin Ishak. Semoga segala ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan bermanfaat untuk kita dan beliau.ros



Bahasa Arab terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:

اِسْمٌ (kata nama)

فِعْلٌ (kata kerja)

حَرْفٌ(huruf)


اِسْمٌ

اِسْمٌ terbahagi kepada 2, iaitu مُأَنَّثٌ (perempuan) dan مُذَكَّرٌ (lelaki).

مُأَنَّثٌ bertanda ة di hujungya. Contoh:

pelajar perempuan طَالِبَةٌ

pelajar lelaki طَالِبٌ


Perhatian !

Penggunaan
اِسْمٌ dalam suatu ayat hanya menggunakan ال atau tanpa ال bukan digabungkan. Contoh bagi perkataan sekolah:


اَلْمَدْرَسَةُ atau مَدْرَسَةٌ bukan اَلْمَدْرَسَةٌ


فِعْلٌ

فِعْلٌ pula terbahagi kepada 3, iaitu:

فِعْلُ المَاضِى (kata kerja yang telah berlaku)

فِعْلُ المُضَارِعِ (kata kerja yang sedang berlaku)

فِعْلُ الأَمْرِ (kata kerja berbentuk perintah)


Contohnya bagi perkataan menulis:

كَتَبَ (telah menulis)

يَكْتُبُ (sedang menulis)

أُكْتُبْ (tuliskan!)


حَرْفٌ

حَرْفٌ ialah huruf – huruf yang digunakan untuk melengkapkan ayat. Ana kurang arif dalam menerangkan erti huruf ini, harap ada yang membantu. doa

Contoh حَرْفٌ yang sering digunakan adalah حَرْفُ جَرٍّ seperti:

مِنْ (dari)

إِلَى (kepada)

عَنْ (daripada)

عَلَى(di atas)

فِى (dalam / di)

بِ (dengan)

كَ (seperti)

لِ (untuk)

Masih banyak lagi حَرْفٌ yang tidak disebutkan di sini. Insya allah, pada masa akan datang ana akan terangkan dengan lebih lanjut.peace

4 التعليقات:

zaini_jb said...

Salam...usaha yg bagus...tringat masa mula-mula belajar bahasa arab =)

Badr said...

salam perjuangan...

semoga usaha kerdil ini diberkati Allah...:)

As said...

alhamdulillah..proceed2..

Badr said...

salam perjuangan...

to NMZ:

insya allah, nantikan sambungannya;)

Post a Comment

Assalamualaikum, salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sebarang komen dan kritikan ilmiah amat dialu-alukan.