Saturday, April 19, 2008

Pasang lampu sekat pelacur???

Apabila manusia cuba menyelesaikan masalah dengan mereka dengan membelakangkan perintah Allah
-Badrul-


Dipetik daripada Berita Harian Online

SINGAPURA: Penduduk di sebuah kawasan di republik ini memasang lampu jalan dengan harapan lembah yang diterangi cahaya itu akan menyebabkan pelacur tidak ‘bersidai’ di situ, kata sebuah akhbar semalam.

Akhbar The Straits Times melaporkan, penduduk di Geylang, yang menempatkan daerah kawasan-merah Singapura, sudah penat dengan kelibat pelacur yang sering mundar mandir di setiap jalan di kawasan itu dan ‘memagar’ rumah mereka dengan lampu sebagai tanda bertelingkah dengan pekerja seks.

Lampu jalan tambahan mula dipasang di sepanjang lembah 300 meter dan akan ditambah lebih banyak lagi, kata akhbar itu lagi. Penduduk juga bercadang mengadakan parti dan menganjurkan acara masyarakat untuk menguasai semula kawasan kediaman mereka, katanya. - Reuters


0 التعليقات:

Post a Comment

Assalamualaikum, salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sebarang komen dan kritikan ilmiah amat dialu-alukan.