Saturday, May 10, 2008

Tazkirah Sikit... {|=)

BENARKAH KITA BERJUANG???


Engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian,
Engkau ingin berjuang,
tapi rosak oleh pujian,
Engkau ingin berjuang,
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan.

Engkau ingin berjuang,
tapi tidak begitu setiakawan,
Engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup berkorban,
Engkau ingin berjuang,
tapi ingin jadi pemimpin,
Engkau ingin berjuang,
menjadi pengikut agak segan.

Engkau ingin berjuang,
tolak ansur tidak engkau amalkan,
Engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup terima cabaran,
Engkau ingin berjuang,
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan.

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan,
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak engkau tahan,
Engkau ingin berjuang,
Rumah tangga lintang pukang,
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak, engkau tingkatkan.

Engkau ingin berjuang,
disiplin diri engkau abaikan,
Engkau ingin berjuang,
janji kurang engkau tunaikan,
Engkau ingin berjuang,
kasih sayang engkau cuaikan,
Engkau ingin berjuang,
tetamu engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang,
anak isteri engkau lupakan,
Engkau ingin berjuang,
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan.

Engkau ingin berjuang,
pandangan engkau tidak diselaraskan,
Engkau ingin berjuang,
rasa bertuhan engkau abaikan,
Engkau ingin berjuang,
iman taqwa engkau lupakan.

Yang sebenarnya,
apa yang engkau hendak perjuangkan.


-Qatrunnada-

Friday, May 9, 2008

KEM REMAJA MUSLIM 2008

TEMA : “Kenali Ilahi , Unggul Peribadi”
Tarikh : 23, 24 & 25 Mei 2008 (Jumaat – Ahad)
Tempat : PD Sanctuary (Ixora Permai) dan Kem Survival,
Kompleks UNITI, Tanjung Agas, Port Dickson, N.Sembilan


Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan (13-17 tahun)
Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM) , N.Sembilan
Yuran hanya RM 70

Hubungi :

Ustazah Wan Zaimah 019-6813634 uzaimah@yahoo. com.my
Norhelmi 019-2445736 ibnujamil@yahoo. com
Razman 019-6531756
Pn Kaslawati 019-6230101 anaksemut2003@ yahoo.co. uk
Pejabat KRIM, No 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang
Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban.
Tel : 06-6781796

Bawa bersama : Keperluan Peribadi, Pakaian Sukan, Kasut, Al Quran, Al Mathurat dan Pakaian Sembahyang

Remaja lelaki (putera) akan berkhemah di Kem Survival, Komplek UNITI, Pasir Panjang bermula pada petang 24 Mei 2008

OBJEKTIF PROGRAM

1. Melatih peserta untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup

2. Memantapkan aqidah Islamiah dan menanamkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam diri setiap individu

3. Membentuk hubungan persaudaraan dan mengukuhkan lagi ukhuwwah Islamiah di kalangan remaja Islam

4. Memantapkan jatidiri remaja muslim supaya boleh berdikari, berdisiplin & bekerjasama di kalangan peserta

5. Memperkenalkan KRIM kepada peserta dan disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan lain


TENTATIF PROGRAM

Jumaat 23 Mei
6 ptg – Pendaftaran
6.30 mlm – Makan malam
7.30mlm – Solat Maghrib / Al Mathurat
8 mlm - Taklimat
8.30 mlm – Solat Isya
9 mlm – “Ice Breaking”
11 mlm – Minum
11.15 mlm – Al Quran

Sabtu 24 Mei
4.45 pg – Qiamullail
6 pg – Solat Subuh / Al Mathurat
6.30 pg – Kuliah Subuh
7 pg – Riadah
7.30 pg – Sarapan
8.30 pg – Pengisian 1
10 pg – Minum
10.30 pg – Pengisian 2
1 tgh – Makan tengahari / Solat Zuhur
2.15 ptg – “Outdoor”
4.15 ptg – Minum
4.45 ptg – Solat Asar / Al Mathurat
5.30 ptg – Pasang khemah (Putera), Pulang ke Ixora (Puteri)
6.30 mlm – Makan Malam
7.30 mlm – Solat Maghrib / Kuliah / Solat Isya
9 mlm – Pengenalan KRIM
9.30 mlm – Malam Kesenian Islam
11 mlm – Al Quran

Ahad 25 Mei
4.45 pg – Qiamullail
6 pg – Solat Subuh / Al Mathurat
6.30 pg – Explorasi Remaja Harapan
7.30 pg – Sarapan
9.30 pg – Pengisian 3
11.30 pg – Rumusan / Penutup
1 tgh – Makan tengahari / Salam Ukhuwwah


Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot.com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot.com

Tuesday, May 6, 2008

Layakkah Aku???

Lelaki Idaman
www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl



Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


photo by DK11EL

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

badrul: Layakkah aku??? sama - sama kita renungkan dan memperbaiki diri...

Saturday, May 3, 2008

Ya Allah, Selamatkanlah Aqidah Bayi Ini

Ya Allah, Selamatkanlah Aqidah Bayi Ini
www.iluvislam.com
Oleh:
Nurul Husna Manshor

Ada pengalaman yang ingin saya kongsi bersama. Sekarang saya bertugas di bahagian O&G di hospital tentera di Makassar. Selama 2 minggu ni saya kerja malam. Alhamdulillah setakat ini, saya sudah bantu 5 orang ibu bersalin dan alhamdulillah semuanya selamat.

Dua malam lepas, ada 3 ibu nak bersalin. Alhamdulillah bayi pertama saya sambut jam 8 malam. Bayi kedua disambut oleh kawan saya yang sama-sama bertugas di situ. kebetulan doktor muda yg bertugas disitu ada 7 orang. Hanya saya dan Dessy sahaja yang dibenarkan untuk membantu ibu melahirkan, dari sambut bayi lahir, plasenta, potong tali pusat, sampai jahit luka di jalan lahir ibu yang terkoyak kerana kami berdua dah ikut latihan bantu persalinan sebelum ini.


Matahari terbenam di Makassar, Sulawesi, Indonesia.

Masih ada seorang ibu yang belum bersalin malam tu di bilik bersalin. Tapi saya lihat belum ada tanda-tanda yang ia akan bersalin dalam waktu terdekat. Jadi saya tinggalkan ibu itu di bawah pengawasan bidan. Saya dan Dessy masuk ke bilik doktor jam 1 pagi. Baru saja nak lelapkan mata, tiba2 pintu bilik diketuk org.

"Doc, ada ibu mau melahirkan.. "

Dengan mata yg mengantuk, saya dan Dessy bangun menuju ke bilik bersalin. Sebaik sahaja sampai di sana , saya terkejut, selaput ketuban ibunya sudah menonjol keluar dari jalan lahir. Dengan kalut saya siapkan alat dan pakai sarung tangan. Dengan 1 kali tusukan, selaput ketubannya pecah dan tak lama kemudian muncul kepala bayi.

Dengan his yg cukup, dan kekuatan ibu meneran, maka jam 2 pagi lahirlah bayi lelaki dengan berat bdn 2100 gram. Alhamdulillah semuanya selamat. Waktu menjahit luka, saya terlihat ibu wanita tadi baru tiba di wad bersalin. Saya bertanya , mana suaminya? Ibu wanita td tiba-tiba emosi dan berkata, "Doc, anakku ini baru kuliah". Saya ulang soalan yg sama, "Ibu, di mana suami anak ta?" Ibunya hanya diam. Kemudian bidan meminta mak cik tadi tunggu di luar.

Saya pun rasa pelik, wanita ni datang ke hospital cuma dihantar oleh 3org kawannya. Tak ada suami dan keluarganya yg datang. Maknya pun datang lambat. Akhirnya saya tanya wanita itu sendiri, "mana suaminya?" Dengan lemah dia menjawab, suaminya bekerja di Palu (Suatu daerah yg jauh dari Makassar).

Setelah selesai bertugas, saya keluar dari bilik bersalin. Saya lihat ada doktor senior sedang bercakap dengan Ibu wanita itu tadi. Doktor berkata, "Ibu, sy menolong anak ta atas dasar kemanusiaan. Selebihnya itu urusan keluarga ta. Kita selesaikan mi baik-baik. Saya nda mau ikut campur masalah keluarga ta". Mak Cik itu hanya mengangguk. Sambil itu, ada juga 2 orang tentera yang bersama-sama Mak Cik tersebut di situ. Salah seorang tentera tersebut menandatangani satu surat tanggungjawab.

Setelah lama persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran saya, saya berjumpa dan bertanya pada seorang bidan yang bertugas di situ. Akhirnya saya mendapat tahu cerita sebenar. Wanita tadi (yang berumur 20 tahun) adalah merupakan seorang pelajar di Universiti negeri di Makassar. Dia hamil di luar nikah. Tentera yang menandatangani surat tanggungjawab tadi sebenarnya ingin mengambil bayi wanita itu untuk dijadikan anak angkat.

Tidak lama kemudian , ada lagi ibu nak bersalin. Sehingga subuh saya tak tidur. Setelah subuh, seorang doktor senior meminta saya menelefon lab untuk mengambil keputusan hasil pemeriksaan hemoglobin, 2 jam setelah ibu-ibu bersalin. Sewaktu saya melihat status ibu yang melahirkan anak luar nikah tersebut, sy terkejut. Lelaki yang menandatangani surat tanggungjawab ke atas bayi itu seorang tentera yang beragama Kristian!!


Gambar sekadar hiasan.

Saya segera berjumpa dengan ibu tadi. Saya bertanya, "Ibu, kita tau ji siapa yg kita mau kasi anak ta itu?" Dia menyatakan yang itu Pak Ciknya. Saya tahu dia berbohong. "Ibu kita tau ji apa agamanya?" Wanita itu hanya diam. "Doc, nanti pi sy tnya sepupuku"

Tak lama kemudian, sepupu wanita itu datang. Saya memanggil sepupunya keluar bilik. Saya cakap, "Mbak, kita tau ngak siapa yg mau ambil bayinya?" "Doc, saya kurang tau kerana saya baru tiba pagi ini".

Akhirnya saya mendapat berita dari bidan yang sama yang wanita itu tinggal serumah dengan Maknya. Tapi mak dia tak tahu dia hamil sebab perut dia kecil. Sewaktu dia sakit nak bersalin malam itu, barulah mak dia tahu yang dia hamil. Mak dia sangat marah. Tapi apa yang boleh dibuat. Nasi sudah menjadi bubur.

Sewaktu kawan-kawan wanita itu tiba di hadapan pintu masuk hospital, kebetulan bapak tentera yg beragama Kristian itu bertugas di situ. Dia tahu ceritanya. Jadi dia nak ambil baby tu jadi anak angkat sebab dia tidak ada anak. Dia yang bantu hantar wanita tersebut sampai ke wad bersalin dan tandatangan surat tanggungjawaban ke atas bayi dan biaya hospital.

Wanita ini Muslim. Saya terus ke tempat wanita itu tadi. Saya cakap, "Ibu, kita ini udah bikin dosa dengan berzina. Tapi syukurlah kita tak gugurkan anak ta. Tapi sekarang jangan kita tambah dosa ta dengan kasi anak ta pada orang yang bukan Islam" "Tapi ndak ada keluargaku yang mau itu bayi. Mamaku juga tak mau jaga dia. Saya masih kuliah".

Saya pun mati akal juga nak buat macam mana. "Ibu, daripada kita kasi anak ta pada bapak Kristian itu, biar mi saya aja yang jaga bayi ta" Tapi jauh dalam hati saya, kalau saya jadikan bayi tu anak agkat, apa kata orang pula. Saya belum menikah, bulan 6 ni dah grad. Pastu balik Malaysia. Takkan nak bawa baby tu sekali kot. Nanti jiran-jiran kata apa? Mesti orang ingat selama saya kat Indonesia ni, saya bersalin anak luar nikah jugak. Nauzubillah!

Tapi kalau saya setuju nak ambil bayi itu, tak mudah saya nak bagi pada orang lain jaga. Tak pasal-pasal saya dituduh jual baby pulak. Saya pun sibuk kat hospital. Siapa yang nak jaga baby kalau saya kerja di hospital? Tapi kalau saya tak sukarela nak ambil bayi itu, pasti bapak tentera Kristian tadi tu yg ambil. Baby tu mak dia Muslim. Tak pasal-pasal dia kena ubah agama ikut Kristian. Pening jugak dibuatnya.

Tiba-tiba datang jiran wanita ni. Sepupu dia cakap jiran tu ada kenalan org Islam yang nak jaga baby tu. Diorang takde anak. Mereka dah cuba hubungi keluarga muslim tu. Alhamdulillah. Saya tarik nafas lega. Pagi tu sy tenang hati bawa motor balik rumah. Walaupun penat dan tak tidur semalaman, saya puas kerana dapat membantu kelahiran 3 orang bayi (2 perempuan, 1 lelaki). Malam itu, seharian saya tidur kerana penat sangat.

Malam tadi jam 7 pm, saya datang ke hospital tentera untuk bertugas. Di tengah jalan, saya jumpa bidan yg sama-sama bertugas dengan saya malam tadi. Saya tanya bidan tu, jadi ke family Muslim tu ambil baby tu? Bidan tu cakap, "Ndak jadi mi doc. Bapak tentera itu udah ambil mi bayinya. Udah urus semua dokumen", kata bidan tu kesal. Saya terkejut besar!! Saya tanya apakah wanita itu masih di hospital kerana saya nak pujuk dia lagi supaya tak bagi anaknya pada orang Kristian itu. Tapi bidan tu cakap wanita tu dah pulang paksa.


Gambar sekadar hiasan.

Saya minta izin masuk ke bilik bayi untuk melihat bayi itu. Bayi tu masih ada dalam inkubator kerana lahir tak cukup berat badan. Bayinya sihat, comel sangat. Masa tu dia tengah tidur. Saya pegang jarinya. Saya tak kuasa tahan airmata melihat baby tersebut. Dia tak salah apa-apa. Tiba-tiba baby tu terjaga dan jari-jari kecilnya menggenggam erat jari saya. Dia membuka matanya. Dia tengok saya. Airmata saya bertambah deras mengalir. Di depan saya ada seorang bayi lelaki, bayi dari rahim seorang ibu yg Muslim. Tapi nanti dia akan diambil dan dibesarkan oleh seorang tentera yang beragama Kristian. Apa agama bayi ini kelak?? Saya kesal tak dapat berbuat apa-apa. Andai saya tahu bayi ni akan diserahkan kepada orang Kristian tu, mungkin saya akan bermati-matian mempertahankan bayi ini. Tapi sudah terlambat. Semua dokumen sudah diurus dan ditandatangani oleh ibunya. Saya juga tak tahu kenapa bayi ni tak jadi diserahkan kepada keluarga muslim jirannya itu.

Saya hanya bisa membisikkan iqomah pada telinga bayi tu kerana saya tahu belum ada yang mengazankannya sejak dia dilahirkan. Saya kucup dahi baby tu beberapa kali dan serahkan semuanya pada Allah SWT. Sesungguhnya saya sudah berusaha. Hanya doa yang bisa saya kirimkan supaya baby itu akan dipelihara aqidahnya oleh Allah kerana Allah lebih berkuasa atas segala-galanya.

Doakan semoga Allah pelihara keimanan kita semua dan seluruh ummat Islam. Ameen Ya Rabbal 'Alamin!

Salam jihad dari Makassar.

NURUL HUSNA MANSHOR
ex-KISAS SPM 1999
Final Year
Medical Faculty
Hasanuddin University
Makassar, South Sulawesi
Indonesia

Thursday, May 1, 2008

Biarkan Aku Jadi Orang Palestin

Salam perjuangan...

Jangan ketinggalan tawaran istimewa...

Buku terhangat di pasaran!!!

Azree : 019 774 9201

Sunday, April 27, 2008

Muslim group urges Malaysians to boycott Chelsea football tour



Dipetik daripada HarakahDaily.net

Salam perjuangan...

Marilah kita sama - sama membantu umat Islam Palestin, at least dengan memberi sokongan moral kepada mereka!

Inilah hakikat pemimpin UMNO!

We don't see it as something wrong -Rais Yatim-

KUALA LUMPUR (AFP) - Muslim leaders on Sunday urged Malaysians to boycott a visit by English football giants Chelsea in protest at the move to let their Israeli coach and defender into the country.

Spokesman Mohamad Azmi Abdul Hamid said the coalition of 21 Muslim groups would hold a mass protest at the tour match if the government did not bar coach Avram Grant and player Tal Ben Haim.

"Malaysians should boycott the match," Mohamad Azmi said. "We should unite with the Palestinian people and fight for an independent homeland for them."

Malaysia does not have diplomatic ties with Israel and its citizens must obtain special permission to travel here.

On Friday, the group submitted a memorandum to the home ministry opposing the government's decision to allow the Israeli pair into the country.

"The reason for the travel ban to Malaysia is to isolate Israel which is a rogue state. If the Israeli footballers are allowed in, the government will be considered as being insensitive to the Palestinian people," Mohamad Azmi said.

He warned that if Grant and Ben Haim are allowed into Malaysia, the coalition would picket Chelsea's match against a Malaysian team on July 29.

"Definitely, we will mobilise the public and hold a protest outside the stadium," he said.

Foreign Minister Rais Yatim has confirmed Malaysia had no "objections" to admitting the two, allaying fears that Chelsea may cancel the visit.


"They are a sports team with two Israeli members. We don't see it as something wrong," he said.


The English title contenders are among the most popular teams in Malaysia, where sports fans avidly follow the Premier League on satellite television.


Chelsea are also planning to play in the southern Chinese city of Guangzhou on July 23 on their pre-season Asian tour.


Malaysia's population is dominated by Muslim Malays, but the nation is also home to large ethnic Chinese and Indian minorities.

Wednesday, April 23, 2008

Makkah Mean Time



Dipetik daripada HarakahDaily.net

Tuesday, April 22, 2008
DOHA: Muslim scientists and clerics have called for the adoption of Makkah time to replace GMT, arguing that the Saudi city is the true centre of the Earth.

Makkah is the direction all Muslims face when they perform their daily prayers. The call was issued at a conference held in the Gulf state of Qatar under the title: Makkah, the Centre of the Earth, Theory and Practice.

One geologist argued that unlike other longitudes, Makkah's was in perfect alignment to magnetic north. He said the English had imposed GMT on the rest of the world by force when Britain was a big colonial power, and it was about time that changed.

A prominent cleric, Sheikh Youssef al-Qaradawy, said modern science had at last provided evidence that Makkah was the true centre of the Earth; proof, he said, of the greatness of the Muslim "qibla" - the Arabic word for the direction Muslims turn to when they pray.

The meeting also reviewed what has been described as a Makkah watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the direction of Makkah from any point on Earth.

The meeting in Qatar is part of a popular trend in some Muslim societies of seeking to find Holy Qur'aanic precedents for modern science. It is called "Ijaz al-Qur'aan", which roughly translates as the "miraculous nature of the holy text". The underlying belief is that scientific truths were also revealed in the Muslim holy book, and it is the work of scholars to unearth and publicise the textual evidence.