Thursday, April 2, 2009

Pre-Exam Syndrome


Case study 1

study! study! study!

"aaaaaaaaaaaaaa...."

ape tu ???

kes histeria...



Case study 2

study! study! study!

"krung! krang! prom! prang!"

ape tu ???

mengemas bilik...



Case study 3

study! study! study!

lala...laaaaaaala...lalaaaaa...

ape tu???

menyanyi sorang2...



Sama ada kita sedar atau tidak semua orang pasti mengalami pre-exam syndrome...

Mengambil contoh pemerhatian dan pengalaman ana sendiri :



Matrikulasi UIAM Julai 2005 - Oktober 2006


histeria, anime, movies






UIAM kampus Kuantan Disember 2006 - Jun 2007


Menjadi kebiasaan ana dan roomates untuk keluar mengambil angin dengan berjalan2 pada waktu malam ke pantai2 sekitar bandar Kuantan seperti Teluk Cempedak, Balok dll



jalan2 tepi pantai



Universitas Hasanuddin July 2007 - Disember 2007




scuba diving





shopping



UIAM kampus Gombak Julai 2008 - April 2009


kuat tido







kuat makan






kuat chatting



Syndrome2 ini semua berpunca daripada tension study sebenarnya... ^_^


Teringat kata2 allahyarham ayah ana ustaz Sha'ari Ishak sewaktu mengajar dalam kelasnya dahulu :

Pening kan ???

Haa, pening bagus la...

takyah isap rokok dah...

dapat pening free ja ustaz bagi... =)




Sekian...

Anda pula bagaimana ???

Tuesday, March 3, 2009

Ummatic Arabic Debating and Public Speaking Competitions

UMMATIC ARABIC DEBATING AND PUBLIC SPEAKING COMPETITIONS

مسابقة المناظرة والخطابة باللغة العربية بين أبناء الأمة


THEMES: TOWARDS GLOBALIZING THE ARABIC LANGUAGE

DATE: 7-9 MARCH 2009
VENUE: IRK & ADM BUILDINGS
ORGANIZED BY DEBATING AND PUBLIC SPEAKING CLUB IIUM


RULES & REGULATIONS :

DEBATE
-OPEN TO ALL IIUM STUDENTS (UNDERGRADUATE AND MASTER ONLY)
-EACH GROUP CONSIST OF 3 OR 4 MEMBERS

PUBLIC SPEAKING
-EACH PARTICIPANT WILL REPRESENT HIS / HER COUNTRY


FEES FOR EACH PARTICIPANT (RM20)


REFRESHMENTS ARE PROVIDED !!!


IF YOU ARE INTERESTED, PLEASE VISIT OUR BOOTH NEAR MOSQUE'S FEMALE ENTRANCE BEFORE

5TH MARCH 2009 (9 AM - 4 PM) FOR REGISTRATION


COME AND JOIN THIS COMPETITION !!!

THE PRIZE IS INTERESTING !!!

Any enquiry please contact:

bro. Mustaqim (014-2283934) @ sis. Najwa (017-2243762)


Monday, March 2, 2009

Sekadar peringatan...

Assalamualaikum, salam perjuangan…

Setelah beberapa entry diterbitkan, ana ingin mengajak diri ana dan para pembaca sekalian agar kita berhati-hati dalam memperkatakan mengenai Islam. Biarlah kita membuat rujukan yang sahih dan tepat terhadap sumber rujukan yang kita gunakan.

Dalam keghairahan kita menghadiri suatu ceramah atau membaca suatu artikel berkaitan Islam, wajib ke atas kita merujuk kembali bahan ceramah atau bahan bacaan kita sekiranya bahan tersebut selari dengan Al Quran dan As Sunnah.

Seringkali terjadi ceramah yang kita dengar atau bahan bacaan yang kita baca dicemari dengan hadis-hadis palsu dan lemah serta riwayat-riwayat Israiliat dan sebagainya. Contohnya

1) hadis berkaitan ilmu seperti : Aku adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya. Maka barangsiapa yang mahukan ilmu hendaklah melalui pintunya. (Hadis palsu)

2) Hadis berkenaan azab kubur berikut: Sunan Tirmizi Hadis No. 2460

Pada suatu hari Rasulullah memasuki masjid lalu baginda melihat manusia bersuka ria lalu beliau bersabda: kalaulah kamu banyak mengingati penghapus kelazatan pastilah kamu sibuk mengingati mati. Banyakkanlah mengingati mati kerana seseorang itu tidak akan menghampiri kubur melainkan kubur berkata :
Aku rumah terasing, aku rumah kesunyian, aku rumah yang diperbuat daripada tanah, aku rumah yang dipenuhi ulat. Sekiranya seorang hamba mukmin dikuburkan maka berkatalah kubur kepadanya : Silakan, selamat datang! Sesungguhnya engkaulah antara manusia yang paling aku cintai yang berjalan di atas belakangku…lalu diluaskan kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakan baginya salah satu daripada pintu syurga…sesungguhnya kubur itu sama ada salah satu daripada taman-taman syurga atau salah satu daripada jurang-jurang neraka.

Berkata Abu Isa (Imam Tirmizi): Hadis ini gharib, tidaklah kami tahu hadis ini melainkan melalui jalan riwayat ini sahaja.
Taraf hadis : sangat lemah

Info ulum hadis :

Hadis yang sangat lemah ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan tidak akan naik tarafnya kepada hadis hasan, apatah lagi tiada jalan riwayat lain melainkan riwayat ini sahaja. Maka dengan sendirinya hadis ini tertolak. Wallahu a’alam.

Tuesday, February 3, 2009

Serahkan pada yang pakar !


Assalamualaikum, salam perjuangan…


Pedih! Panas! 


Begitulah perasaan ana tatkala membaca suatu artikel keratan akhbar Kosmo! semalam dalam ruangan Buku tulisan Shaharom TM Sulaiman (rujuk m/s 23, bahagian Kosmo! 2 bertarikh 3 Februari 2009).


Dalam penulisan beliau ini, secara terang-terangan beliau menyeru kepada pemikiran pluralisme (fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama). 


Apa yang membimbangkan ana adalah tulisan beliau ini disiarkan di akhbar yang mendapat liputan meluas, dikhuatiri ramai pembaca akhbar yang cetek ilmunya mudah terpedaya dengan penulisan ini. 


Bagi mengukuhkan lagi pandangan sesat beliau ini, dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam Liberal terkenal seperti Nurcholis Madjid yang kononnya pemikir Islam tersohor Indonesia. Malah beliau tergamak memetik kata-kata tokoh pluralism Alwi Shihab yang memutar belitkan ayat suci Al Quran sesuka hatinya seperti : 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ  Surah Al Baqarah (1:62)


“Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?”                                                                   Alwi Shihab


Lihatlah bagaimana penulis jalanan ini mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk menjustifikasikan fahamannya. Padahal jika dirujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar dapatlah kita rumuskan bahawa ayat ini merujuk kepada mereka-mereka yang beriman sebelum kerasulan Nabi Muhammad seperti Habib An Najar, Waraqah bin Naufal, Abi Zar al Ghifari, Salman al Farisi, Buhaira, Najasyi dan lain-lain. 


Ayat ini juga merujuk kepada kaum Yahudi yang berpegang kepada Taurat dan syariat Nabi Musa sehingga sampai masa diutuskan Nabi Isa. Maka sesiapa yang tidak mengamalkan Injil dan syariat Nabi Isa pada waktu itu telah sesat. Kemudian diutuskan Rasulullah, maka barangsiapa yang tidak megakui kenabian baginda juga telah sesat. 


Inilah akibatnya jika sesuatu urusan itu dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka yang jahil tentangnya. Benarlah iklan tv suatu ketika dahulu :

Serahkan pada yang pakar !


Monday, February 2, 2009

Nikah Connecting People

Jom beramai-ramai ke :

Kursus Pra Perkahwinan

14-15 Februari 2009

Auditorium Utama KAED, UIAM



Pelajar UIAM RM 35

Orang Awam RM 60



Anjuran MRC Mahallah Maryam

dengan kerjasama

Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Badrul Aini Sha'ari (019-4441920)

Wan Ashrul Amahl (012-2401964)




Jangan ketinggalan tawaran istimewa...

Kursus perkahwinan terhangat di pasaran... 

الجمع


Perkataan2 dalam Bahasa Arab boleh dijamakkan (Plural). Rajah di atas sedikit sebanyak menerangkan bagaimana caranya untuk menyatakan sesuatu 'subjek' dalam bentuk yg banyak "صيغة الجمع".

Sedikit latihan akan diberikan di posting yang berikutnya.

Sebarang persoalan, sila ajukan di ruangan 'comment'.

Thursday, January 1, 2009

Arabic Debating and Public Speaking Classes

Salam perjuangan...

Anda pernah mengimpikan untuk menjadi seperti mereka ???

IIUM Arabic Debating Team A

IIUM Arabic Debating Team B  

IIUM Arabic Debating Team C 

IIUM Arabic Best Speakers to be...

 

Mari bersama kami menunaikan impian anda !!!

Arabic Debating and Public Speaking Classes

8 - 10 pm

Tuesday and Thursday

                                    Beginner                     Ustaz Ibrahim               HS LR 18

                                    Intermediate             Ustaz Majdi                    HS LR 15           

                                    Advanced                   Ustaz Salah                     HS LR 20    

It's FREE !!!