Assalamualaikum.
I provide an English - Arabic & Malay - Arabic translation services for certificates and documents like theses abstracts, product labels etc.
Kindly contact me through my e-mail or phone number.
Saya menyediakan khidmat terjemahan Inggeris - Arab & Melayu - Arab bagi sijil dan dokumen seperti abstrak tesis, label produk dan lain-lain.
Sila hubungi saya melalui e-mel atau nombor telefon bimbit.
Monday, September 22, 2014
Wednesday, September 17, 2014
Terjemahan Arab Kumpulan Puisi 'Ayn ITBM 2014
Kumpulan puisi 'Ayn hasil karya Kemala
terbitan ITBM 2014.
Puisi ini diterjemahkan oleh guru-guru saya Prof Madya Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman, Prof Madya Dr Hanafi Dollah dan Prof Madya Dr Muhammadul Bakir Hj Yaakob dari UIAM.
Siapa mahu beli melalui saya? Insya Allah saya cuba dapatkan harga diskaun.
Puisi ini diterjemahkan oleh guru-guru saya Prof Madya Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman, Prof Madya Dr Hanafi Dollah dan Prof Madya Dr Muhammadul Bakir Hj Yaakob dari UIAM.
Siapa mahu beli melalui saya? Insya Allah saya cuba dapatkan harga diskaun.
013 355 3685
Ibnusina07@gmail.com
Saturday, June 28, 2014
Blog Baru
Assalamualaikum.
Saya sudah tidak menggunakan blog ini lagi.
Sila layari blog baru saya di http://shoutulhaq.weebly.com/
Terima kasih
Saya sudah tidak menggunakan blog ini lagi.
Sila layari blog baru saya di http://shoutulhaq.weebly.com/
Terima kasih
Sunday, February 13, 2011
Seminar Ulum Quran
Assalamualaikum, salam perjuangan.
Penulis ingin mengajak para pembaca mengisi waktu terluang pada hujung minggu ini dengan menghadiri suatu program ilmiah:
SEMINAR ULUM AL-QURAN
bersama :
Ustaz Mohd Salman Mohd Ali (UIAM)

Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin (UIAM)
Slot khas : Prof. Dr. Mohd. Abullais Al-Khayrabadi (UIAM)
(Penterjemah disediakan)
Tarikh: 19-20 Februari 2011
Tempat: LT1 HS, UIAM
Yuran*: RM 150 (Peserta Awam), RM 100 (Pelajar)
* Termasuk makan minum peserta
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
012-6775834 (Atique Yasin)
Bayaran boleh dibuat: Bank Islam : 14162020767462
التسميات:
promosi
Wednesday, October 27, 2010
Ilm Ma'ani vs. Ilm Dilalah
Assalamualaikum, salam perjuangan.
28 Oktober 2010
3 petang
Seminar Room
Insya Allah pada petang esok, saya dan 4 orang rakan lagi akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Ilm Ma'ani. Kami berlima diizinkan Allah untuk menuntut dengan Dr. Badri Najib bin Zubir, Dekan Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan.
PhD in Arabic : 1999 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
MA in Arabic : 1994 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
BA in Arabic Language and Literature : 1992 (from Al-Azhar University, Cairo).
MA in Arabic : 1994 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
BA in Arabic Language and Literature : 1992 (from Al-Azhar University, Cairo).
Sepanjang pengajian, kami menggunakan kitab Dalail al-I'jaz (fi Ilmi al-Ma'ani) karya Abdul Qahir al-Jurjani.
أأترك إن قلت دراهم خالد زيارته ؟ إني إذا للئيم
Menurut kajian penulis, ilmu tertinggi dalam bidang bahasa Arab merupakan Ilmu Dilalah atau Semantics, kita akan mengkaji berkenaan makna sesuatu kalimah dalam ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan lain-lain. Manakala, ilmu tertinggi dalam bidang sastera Arab pula ialah Ilmu Ma'ani, apabila kita mengkaji makna - makna tersirat sesuatu ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan sebagainya.
Sebagai perbandingan, penulis bawakan contoh yang diberikan oleh Dr. Badri dalam surah al-Fatihah :
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم مالك يوم الدين
Menurut ilmu Dilalah, ar-Rahman ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. ar-Rahman dan ar-Rahim kedua juga bermakna Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. Tiada beza antara kedua-dua ar-Rahman dan ar-Rahim.
Manakala dalam Ilmu Ma'ani, رب العالمين Tuhan sekalian alam (kekuasaan Allah di dunia) dan مالك يوم الدين Raja pada Hari Pembalasan (kekuasaan Allah di akhirat).
Ayat ini membuktikan kekuasaan mutlak Allah yang menguasai segala-galanya di dunia dan di akhirat.
Sepertimana yang kita tahu, seorang pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak seringkali berlaku zalim dan menindas rakyatnya. Bak kata pepatah Inggeris :
absolute power corrupts absolutely
Tetapi Allah walau mempunyai kuasa mutlak (Yang Maha Berkuasa) Allah bersifat dengan sifat pemurah dan penyayang tidak menindas dan berlaku zalim kepada semua makhluk-Nya.
Maha Suci Allah.
.........................................................................................................................................................
Doakan saya kawan-kawan.
Insya Allah, amin.
التسميات:
Akademik




